1. BARUT BAYIBarut Perut Bayi atau lebih dikenali sebagai
Barut digunakan secara tradisional untuk membalut bahagian abdomen bayi bagi
mengelakkan angin atau kembung perut terutamanya bayi yang baru lahir.
Dengan cara ini kita dapat membantu melindungi perut bayi dari dimasuki angin agar bayi lebih selesa dan tidak mudah menangis.
Saiz
Barut bayi AnakkuSayang iaitu
20" panjang x 6.5" lebar, sangat sesuai digunakan untuk bayi baru lahir sehingga bayi berusia 3-4 bulan.
2. BEDUNG BAYIBedung biasanya digunakan untuk membalut tubuh bayi terutamanya bayi baru lahir supaya bayi
lebih hangat dan tidak mudah terkejut semasa tidur.Kajian menunjukkan bayi yang dibedung dapat
tidur dengan lebih lena berbanding bayi yang tidak dibedung. Ini adalah kerana bayi baru lahir biasanya lebih sensitif pada bunyi di sekelilingnya yang boleh menyebabkan bayi terkejut dan terjaga dari tidur (tangan dan kaki terangkat). Jika bayi anda dibedung, masalah terkejut itu pastinya boleh diatasi dan bayi anda boleh tidur dengan lebih lena.
Bedung AnakkuSayang mempunyai saiz yang besar iaitu
35" panjang x 35" lebar sangat sesuai untuk membedung bayi anda dengan lebih cantik dan lebih kemas.
3. SET BABY TOTO (KEKABU)Toto AnakkuSayang diperbuat daripada 100% kekabu yang boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama serta
tidak mudah leper seperti tilam span bayi yang ada di pasaran.
Bagi fabrik sarung toto pula, kami menggunakan fabrik cotton lembut yang biasanya digunakan sebagai comforter untuk orang dewasa, dengan corak lebih menarik seperti watak-watak kartun, bunga-bungaan dan banyak lagi yang sangat sesuai untuk si comel anda.
Setiap
set baby toto mengandungi:-
- 1 set toto - 1 tilam bersaiz 29" x 35"+1 bantal tidur+2 bantal peluk.
- 1 set sarung toto - 1 sarung tilam+1 sarung bantal tidur+2 sarung bantal peluk.